Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah pada 23 hingga 25 Februari 2012 yang lepas,
Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul
Ittifaq(SMKANI),Besut dengan kerjasama Pengawas Pusat Sumber(PPS) SMKANI dan
Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) SMKANI telah berjaya menganjurkan Kem Kepimpinan
Organisani Majlis Thaqofah 2012.
Kem yang bertempat di SMKANI itu sendiri telah berlangsung
selama 3 hari 2 malam dengan penyertaan hampir semua ahli BADAR, PRS dan PPS
2012.
Kem telah dirasmikan oleh Ummi Hajjah Wan Sabriah Binti Wan
Bakar, Pengetua SMKANI dalam satu majlis pembukaan kem yang diadakan pada pagi
hari kedua kem. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMKANI iaitu Ustaz Azmi Bin Mohd Noor.
Pelbagai aktiviti dan slot yang menarik dan mampu memupuk
sifat kepimpinan dan meningkatkan jati diri didalam setiap ahli Majlis Thaqofah
telah di sediakan kepada semua peserta kem.
Kami(Majlis Thaqofah 2012) mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua tetamu dan penceramah luar terutamanya dari Kecemerlangan Insan
Consultant(KIC) dan juga Angkatan belia Islam Malaysia(ABIM) Daerah Besut yang
sudi hadir untuk bersama para peserta, mencurahkan ilmu kepada mereka
seterusnya membantu melancarkan lagi perjalanan kem.
Berakhirnya kem, kami telah menerima pelbagai komen daripada
peserta sama ada dari segi positif mahupun negatif yang mana boleh dijadikan
satu penyuntik semangat baru bagi kami untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang
akan datang.
![]() |
| Smart Kepimpinan |
![]() |
| Smart kepimpinan |
![]() |
| Forum Remaja |
![]() |
| Qiamullail dan kuliah subuh oleh Ustaz Ahmad Shihabuddin(KIC) |
![]() |
| Senaman Ruhul jadid |
![]() |
| Slot Al-Fateh |




























No comments:
Post a Comment