Thursday, 15 March 2012

Majlis Watikah Pelantikan ahli Badan Dakwah dan Rohani(BADAR) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq 2012


Assalamualaikum w.b.t.


Pada 26 Februari 2012 yang lepas, satu watikah pelantikan ahli Badan Dakwah dan Rohani(BADAR) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq (SMKANI) 2012 telah berjaya dilaksanakan. 

Majlis watikah tersebut buat kali pertamanya dilaksanakan secara gabungan antara ahli BADAR SMKANI, Pengawas Pusat Sumber(PPS) SMKANI dan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) SMKANI dan ini adalh kali pertama watikah gabungan seperti ini dilaksanakan di SMKANI.

Pihak kami(Majlis Thaqofah 2012) mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan pengawas sekolah kerana bersama-sama menjayakan majlis watikah ini. Sememangnya dengan kerjasama beginilah kita dapat merapatkan ukhuwah fillah diantara kita.

Kem Kepimpinan Organisani Majlis Thaqofah 2012


Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah pada 23 hingga 25 Februari 2012 yang lepas, Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq(SMKANI),Besut dengan kerjasama Pengawas Pusat Sumber(PPS) SMKANI dan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) SMKANI telah berjaya menganjurkan Kem Kepimpinan Organisani Majlis Thaqofah 2012.

Kem yang bertempat di SMKANI itu sendiri telah berlangsung selama 3 hari 2 malam dengan penyertaan hampir semua ahli BADAR, PRS dan PPS 2012.

Kem telah dirasmikan oleh Ummi Hajjah Wan Sabriah Binti Wan Bakar, Pengetua SMKANI dalam satu majlis pembukaan kem yang diadakan pada pagi hari kedua kem. Turut hadir dalam majlis  tersebut ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKANI iaitu Ustaz Azmi Bin Mohd Noor.

Pelbagai aktiviti dan slot yang menarik dan mampu memupuk sifat kepimpinan dan meningkatkan jati diri didalam setiap ahli Majlis Thaqofah telah di sediakan kepada semua peserta kem.

 








Kami(Majlis Thaqofah 2012) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan penceramah luar terutamanya dari Kecemerlangan Insan Consultant(KIC) dan juga Angkatan belia Islam Malaysia(ABIM) Daerah Besut yang sudi hadir untuk bersama para peserta, mencurahkan ilmu kepada mereka seterusnya membantu melancarkan lagi perjalanan kem.

Berakhirnya kem, kami telah menerima pelbagai komen daripada peserta sama ada dari segi positif mahupun negatif yang mana boleh dijadikan satu penyuntik semangat baru bagi kami untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang akan datang.



Smart Kepimpinan

Smart kepimpinan



Forum Remaja








Qiamullail dan kuliah subuh oleh Ustaz Ahmad Shihabuddin(KIC)



Senaman Ruhul jadid



Slot Al-Fateh








Mesyuarat Pelaksanaan Kem Kepimpinan Majlis Thaqofah 2012


Assalamualaikum w.b.t.


Pada 22 Februari 2012, satu mesyuarat pelaksanaan Kem Kepimpinan Majlis Thaqofah telah diadakan bertempat di bilik pengawas sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq(SMKANI) pada jam 3 petang pada hari tersebut. 

Mesyuarat di hadiri oleh semua ahli jawatankuasa kem yang dianggotai oleh beberapa orang ahli Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SMKANI,Pengawas Sekolah SMKANI, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMKANI, Pengawas Pusat Sumber (PPS) SMKANI dan juga EXCO Asrama SMKANI.

Mesyuarat yang berlangsung kira-kira 2 jam telah membincangkan perancangan untuk melancarkan lagi pelaksanaan kem secara tidak langsung merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli Majlis Thaqofah 2012.

wassalam...

Pengantar Medium Blog


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Tahniah di atas kejayaan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq(SMKANI),Besut Terengganu dalam menghasilkan blog rasminya ini.

Bagi berkongsi makumat dan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun BADAR SMKANI kepada umum, kami telah mengambil satu alternatif yang lain dengan memanfaatkan medium blogger sebagai satu medan dakwah dan perkongsian baru. 

Kandungan blog ini menjelaskan juga tentang tasawwur Islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Ia diharapkan mampu menyediakan kepada umum terutama sekali kepada pelajar SMKANI ke arah membina peribadi dan umat Islam yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Penghasilan blog ilmiah seperti ini juga akan mewarnai budaya pengembangan ilmu dan pembinaan intelektual seterusnya menyemarakkan lagi suasana dakwah yang menjadi wawasan para pendakwah dan ahli akademik.

Blog ini adalah hasil bahan bengkel yang di sunting semula melalui pengalaman perjalanan BADAR SMKANI sepanjang tahun dan juga melalui artikal Islamiah sdari sumber umum yang boleh dipercayai yang turut meliputi persoalan konsepsual tentang manusia dan garis panduan yang wajar diikuti. Ia amat sesuai dibaca oleh para pelajar dan seluruh lapisan masyarakat.